Bahasa Melayu

Xi, Pemimpin yang Pentingkan Perincian

CRI2021-10-27 15:25:43
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Pada tahun 2014, Presiden China, Xi Jinping buat pertama kalinya melawat ke Argentina dan beliau telah mengunjungi estet di Lujan pada hari keduanya di negara Amerika Selatan itu.

Di Lujan, iaitu kawasan luar bandar yang terletak lebih 70 kilometer dari Buenos Aires, Xi telah bertemu dengan Maria Moneta yang merupakan pemilik estet tersebut dan kehadiran Xi disambut dengan persembahan tarian kuda tradisional dan tango klasik.

Sebagai balasan, Presiden Xi telah menghadiahkan selendang sutera yang sangat cantik kepada Maria.

Ketika mengimbau kembali lawatan itu, beliau berkata bahawa Presiden Xi amat peramah dan sangat memberikan perhatian kepada anak-anaknya.

Sehubungan itu, anak kepada Maria Moneta iaitu Raul Moneta berpandangan bahawa sifat Presiden Xi yang sangat mementingkan perincian telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepadanya.

Sebagai contoh katanya, untuk memahami keadaan estet, Xi telah bertanya tentang keluasan estet, jenis perniagaan yang dijalankan, bilangan pekerja dan ternakan, serta jumlah makanan bagi setiap ekor ternakan.

Sambil menzahirkan kebangaannya yang dapat duduk dan berbual bersama pemimpin sebuah negara antara yang paling kuat di dunia itu, Raul turut menyatakan kebolehan Xi untuk berbual tentang isu tersebut secara mendalam sebagai menakjubkan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn