Bahasa Melayu

Tip Melancong: Beg Galas atau Bagasi?

CRI2018-02-05 14:50:35
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Ketika merancang untuk melancong atau mengemas pakaian, satu perkara yang sering membuatkan kita bingung ialah memilih jenis beg galas (backpack) atau bagasi untuk membawa segala keperluan nanti.

Ramai memilih beg jenis beg galas ketika bercuti. Namun, ada yang gemar membawa bagasi untuk kesenangan dan lebih praktikal. Apa-apa jenis beg pun yang anda bawa, biarlah beg tersebut bersesuaian dengan destinasi atau lokasi, selain memudahkan anda. Yang berikut adalah beberapa tip memilih beg untuk bercuti.

Pertama, sesuaikan saiz bagasi dengan kapasiti barang.

Sekiranya anda bercuti dalam tempoh yang singkat, bagasi dengan saiz kabin pesawat cukup untuk dua hingga tiga hari perjalanan. Ada juga bagasi bersaiz sederhana dan besar.

Ketika memilih saiz bagasi, fikirkan perancangan sepanjang berada di destinasi percutian tersebut.

Lihat kemungkinan anda akan banyak berbelanja di sana atau sebaliknya. Jika ya, siapkan ruang dalam bagasi untuk menampung barang-barang yang akan anda beli.

Kedua, pilih material bagasi yang tahan lasak dan tidak mudah rosak. Antara jenis yang popular termasuklah jenis material "hardcase" dan material "softcase".

Ketiga, pastikan pemegang dan roda bagasi sesuai dengan keadaan perjalanan anda. Untuk pemegang bagasi, anda boleh memilih yang mempunyai dua bar daripada satu bar.

Perhatikan sama ada kedudukan pemegang beg tersebut mempengaruhi kapasiti penyimpanan dalam bagasi atau tidak.

Untuk roda bagasi, terdapat dua jenis, iaitu jenis dua roda (upright) dan empat roda (spinner). Bagasi jenis "upright" lebih mudah ditarik di permukaan tidak rata dan dikendalikan di tempat yang sibuk.

Sementara bagasi jenis "spinner" akan memudahkan pengguna bergerak tanpa terpengaruh dengan berat beban bagasi dan sesuai digunakan di permukaan jalan yang licin.

Keempat, perhatikan keselamatan bagasi yang anda beli. Pemilihan material yang tidak mudah rosak adalah faktor utama.

Pastikan juga bagasi yang dibeli itu mempunyai kunci atau kod nombor untuk menjamin keselamatan.

Kini, bagasi dengan standard keselamatan antarabangsa mudah ditemukan di pasaran, iaitu bagasi yang dilengkapi kunci standard Travel Sentry Approved (TSA).

Bagasi dengan kunci standard TSA akan memudahkan petugas bagasi di lapangan terbang membuka bagasi anda untuk keperluan pemeriksaan tanpa harus merosakkan atau membuka kunci bagasi anda secara paksa.

Kelima, pastikan anda mengenali dengan baik bentuk dan warna bagasi anda. Hal ini disebabkan kebanyakan produk bagasi mempunyai bentuk dan warna yang sama. Keadaan ini membuatkan anda berpotensi untuk tertukar bagasi semasa di lapangan terbang.

Oleh itu, pilihlah warna yang agak berlainan sedikit atau bentuknya. Jika tidak mempunyai pilihan lain atau anda berkenan dengan bagasi yang berwarna serta berbentuk popular, letakkan tanda sama ada label nama atau reben pada bagasi anda.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn