Lokasi Anda: Laman Utama > Pelancongan > Warisan Budaya > Kandungan

Tradisi Pewarisan Kuasa Ibu Suku Mosuo

2015-01-15 15:00:30

Tradisi Pewarisan Kuasa Ibu Suku Mosuo

Di sempadan provinsi Yunnan dengan provinsi Sichuan, barat daya China, terdapat sebuah tasik indah yang sekitarnya dihuni suku Mosuo, satu-satunya kelompok masyarakat di China yang masih mengamalkan tradisi pewarisan kuasa ibu. Inilah Tasik Lugu. Kebudayaan yang diwarisi sejak turun-temurun, pemandangan alam semula jadi yang indah serta masyarakat Mosuo yang penuh misteri menjadikan tasik ini tumpuan pelancong seluruh dunia.

Tasik Lugu yang dikelilingi gunung-ganang menghijau dan kaya dengan sumber hutan, didiami oleh suku Mosuo serta etnik Yi, Han, Naxi, Tibet, Pumi, Bai dan Zhuang, dengan jumlah penduduk seramai hampir 13 ribu orang, dan kira-kira 6 ribu orang daripadanya merupakan suku Mosuo.

Tradisi Pewarisan Kuasa Ibu Suku Mosuo

Suku Mosuo masih mengekalkan tradisi pewarisan kuasa ibu hingga kini. Nenek mempunyai kuasa yang paling tinggi dalam keluarga Mosuo. Setiap keluarga mempunyai rumah utama, iaitu rumah nenek. Rumah dengan susun atur yang istimewa itu juga merupakan pusat aktiviti bagi semua anggota keluarga. Beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan impak kebudayaan luar, rumah nenek semakin kurang, manakala kebudayaan Mosuo yang berteraskan kuasa nenek juga semakin pupus. Untuk melindungi warisan kebudayaan yang unik ini, Jawatankuasa Pengurusan Tasik Lugu telah melaksanakan langkah-langkah proaktif termasuk menggalakkan suku Mosuo membina rumah nenek semula dan menggalakkan orang tempatan menggunakan bahan binaan tradisional bagi mengekalkan corak seni bina tradisional.

Masyarakat Mosuo juga mempunyai cara mencari jodoh yang unik, iaitu mereka menjalin hubungan tanpa pernikahan bahkan sampai memiliki anak-anak.

Setiap wanita dewasa suku Mosuo yang ingin mempunyai anak berhak menjalin hubungan dengan si lelaki secara bebas. Sang wanita hanya menunggu kedatangan si lelaki ke rumahnya untuk bersama-sama menghabiskan masa malam. Ketika waktu pagi, si lelaki itu akan meninggalkan rumah wanita tersebut. Jika sang wanita merasa tidak sesuai dengan si lelaki yang datang tadi, dia akan menolaknya dan meneruskan penemuan seumpama itu sampai sang wanita mendapatkan pasangan yang diinginkannya, sedangkan si lelaki yang ditolak tadi pun tidak merasa sakit hati.

Tradisi mencari jodoh ini terus dijaga oleh suku Mosuo, bahkan pihak berkuasa tempatan juga berusaha untuk melindungi kebudayaan unik ini agar tidak sampai terjejas.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin