Zhu Baohe, Pewaris Teknik Buat Topi Opera Tradisional
Teknik buat topi yang dipakai oleh watak dalam opera tradisonal Cina mempunyai sejarah beberapa ratus tahun.
Zhu Baohe, 32 tahun, pekerja dari Kumpulanan Opera Bangzi (kentungan) Hebei Bandar Shijiazhuang, Provinsi Hebei, bertugas membuat dan memperbaiki topi opera yang melibatkan belasan teknik pembuatan seperti melukis, mengukir, menambah warna dan memasang benang logam. Beliau yang berminat pada seni opera dan kelengkapan opera sejak kecil lagi, mulai membelajari teknik tersebut selepas tamat dari Universiti.
Sejak menceburkan diri dalam bidang itu, Zhu yang bersemangat ketukangan mencapai kemajuan besar dalam mewarisi teknik tradisonal dan menghasilkan banyak karya yang berprestij tinggi.