Nyanyian Etnik Dong Diwaris Generasi Muda
'Dongzu Dage' adalah sejenis nyanyian padu suara kalangan rakyat di kawasan etnik Dong China. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan kaunti Rongjiang, daerah autonomi Qiandongnan yang berpenduduk etnik Miao dan Dong di provinsi Guizhou mengambil langkah-langkah untuk menjamin nyanyian itu dapat diwaris, antaranya termasuk membantu guru-guru menjalankan pengajaran, memperkenalkan 'Dongzu Dage' di sekolah, membina bengkel latihan dan menerbitkan buku pengajaran.