Penenunan Tangan Cara Tradisional Tibet Berkembang
Kerajaan pekan Yanhu daerah Geji kawasan Ali Tibet telah menubuhkan kilang penenunan tangan bercirikan tradisional. Produk yang dikeluarkan kilang itu merangkumi beg tangan, selendang, tali pinggang, selimut dan skarf Tibet. Kerajaan tempatan turut membawa produk tersebut menyertai aktiviti promosi pelancongan untuk memperluas jualan sekali gus membantu penduduk tempatan menambah pendapatan.