Pameran Wayang Kulit di Shandong
Dalam Pameran Kesenian Wayang Kulit Tradisonal China yang diadakan di Muzium Kesenian Kalangan Rakyat Bandar Yantai, provinsi Shandong, hampir seribu buah karya wayang kulit yang merangkumi zaman dahulu hingga zaman sekarang telah dipamerkan. Sempena pameran itu, lebih sepuluh drama wayang kulit turut dipertunjukkan. Para penonton juga dapat menghayati pembuatan wayang kulit dan pelakonannya.