Pesona Kampung Kuno Daimei
Terletak di hilir sungai Jiulong pekan Dongyuan, bandar Longhai provinsi Fujian, Kampung Daimei yang dikelilingi air dan diserikan dengan bangunan purba yang kelihatan terpelihara itu merupakan contoh kecemerlangan seni bina purba di Fujian.
Kerajaan tempatan kini turut mengambil inisiatif dengan meningkatkan kerja-kerja baik pulih terhadap bangunan purba di samping mengembangkan pelancongan untuk meneruskan kedinamikan kampung purba itu.