Bahasa Melayu

Naiki Perahu Persiaran, Nikmati Pemandangan Malam di Korla

CRI2020-09-14 14:31:34
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Bandar Korla, wilayah Xinjang, tempat pertemuan tamadun Timur dengan Barat menerusi Laluan Sutera pada zaman purba kala.

Korla digelar “kota pear” kerana terkenal dengan buah pear Korla yang dialu-alukan di pasaran domestik malah antarabangsa.

Walaupun bandar ini berhampiran dengan padang pasir Taklimakan di selatan, namun cuaca dan alam sekitar bandar ini baik. Sungai Burung Merak yang dianggap “sungai ibunda” Korla oleh penduduk tempatan mengalir melintasi bandar tersebut.

Dalam sepanjang aliran Sungai Burung Merak, terdapat 13 jambatan yang beraneka ragam, 12 jeti bagi perahu persiaran dan 10 pulau kecil. Kini, kawasan aliran sungai tersebut telah dibina dan diubahsuai menjadi destinasi pelancongan yang popular di Korla. Perkhidmatan perahu persiaran pula disediakan dari siang hingga malam.

Selain itu, pertunjukkan air pancut berirama diadakan setiap hari untuk menghiburkan para pelancong.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn