Pesona Malam Kota Purba Jimo
Ketika pertengahan musim panas sekarang ini, kota purba Jimo di provinsi Shandong menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai kerana gamitan pesonanya yang memikat hati setiap pengunjung.
Keunikan kota purba tersebut kelihatan lebih terserlah pada waktu malam dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti pertunjukan lampu, pesta makanan dan pameran warisan budaya bukan benda.