Kota Larangan Beijing : Pesona Di Sebalik Tembok Merah
Kota Larangan Beijing atau dikenali sebagai Forbidden City Beijing yang terletak di pusat bandar Beijing merupakan istana persemayaman 24 orang maharaja China zaman Dinasti Qing dan Ming.
Waktu Melancong yang Paling sesuai:
Beijing mengalami iklim lembap yang dipengaruhi oleh monsun empat musim yang berbeza. Musim sejuknya berangin dan kering, kerana pengaruh antisiklon Siberia yang terbentang luas, manakala musim panasnya umumnya panas dan lembap, disebabkan oleh monsun Asia Timur. Suhu udara purata pada bulan Januari sekitar -4°C, manakala suhu udara purata pada bulan Julai adalah sekitar 26°C. Waktu melancong ke Beijing yang paling baik adalah hujung bulan April hingga awal bulan Jun, dan hujung bulan Ogos hingga hujung bulan November. Sejak 2 Julai 2011, Kota Larangan Beijing melaksanakan sistem laluan lawatan “sehala”, iaitu pelancong hanya boleh masuk dari Pintu Wu di sebelah selatan dan keluar dari pintu Shenwu di sebelah utara.
Tiket Masuk:
Harga tiket berbeza pada musim puncak dan luar musim puncak.
Musim puncak (1 April – 31 Oktober): RMB60 seorang (tidak termasuk lawatan ke Balai Barang-Barang Berharga dan Balai Jam).
Luar musim puncak (1 November – 31 Mac): RMB40 seorang (tidak termasuk lawatan ke Balai Barang-Barang Berharga dan Balai Jam).
Balai Barang-Barang Berharga: RMB10 seorang.
Balai Jam: RMB10 seorang.
Laluan lawatan yang ideal:
Pengunjung masuk melalui Pintu Wu. Sepanjang laluan itu, pengunjung boleh melawat Jambatan Neijinshui, Pintu Taihe, Dewan Taihe, Dewan Zhonghe, Dewan Baohe, Pintu Qianqing, Istana Qianqing, Dewan Jiaotai, Istana Kunning, dan Taman Diraja. Selepas melawat Taman Diraja, pengunjung boleh melawat enam istana barat (Istana Chuxiu, Istana Lingkun, Istana Yongshou, Istana Xianfu, Istana Changchun, Istana Taiji) dari pintu kiri Taman Diraja dan keluar ke Lapangan Pintu Qianqing. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat enam istana timur (Istana Yanxi, Istana Yonghe, Istana Jingyang, Istana Chengqian, Istana Zhongcui, dan Istana Jingyang). Pelancong keluar hanya melalui Pintu Shenwu.