Bahasa Melayu

RCEP Diletak Harapan Tinggi

CRI2021-12-24 15:04:29
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Negara penandatangan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kini menanti-nantikan peluang yang bakal disajikan apabila perjanjian itu dikuatkuasakan pada 1 Jan depan.

Pelaksanaan RCEP akan mencetuskan peluang baharu dalam pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berkata China sudah bersedia untuk penguatkuasaan RCEP itu.

"Pihak kementerian akan bersama jabatan berkaitan memberi panduan pelaksanaan RCEP kepada kerajaan tempatan dan perusahaan untuk membantu mereka merebut peluang daripada pasaran terbuka.

"Ia menyasar untuk meningkatkan penyepaduan rantaian perindustrian dan bekalan sesama negara penandatangan, sekali gus mendorong integrasi ekonomi yang lebih berkualiti dan kukuh di Asia Timur," jelas beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata adalah perlunya negara penandatangan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi membolehkan golongan penggiat ekonomi benar-benar merasai kesan RCEP.

"Jepun komited terhadap tertib ekonomi yang bebas dan adil, manakala China juga komited untuk menambah baik persekitaran perniagaannya," ujar beliau.

Kishida turut menyuarakan harapan supaya China memberi sumbangan lebih besar kepada globalisasi ekonomi dunia.

Untuk rekod, RCEP dimeterai 10 negara ASEAN bersama China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand pada 15 November tahun lepas.

Selaku perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia, ia merangkumi perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan, akses pelaburan serta peraturan yang berkaitan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn