Bahasa Melayu

Bekalan Cukup dan Agihan Adil Vaksin, Kunci Atasi Omicron

CRI2021-12-23 16:13:03
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Jaminan bekalan vaksin yang mencukupi serta pengagihan vaksin secara adil adalah keutamaan untuk mengatasi penularan varian Omicron di seluruh dunia ketika ini.

Demikian kata Duta China ke Amerika Syarikat (AS), Qin Gang dalam mesyuarat maya mengenai usaha menangani varian Omicron yang dipengerusikan Setiausaha Negara Antony Blinken, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, China merupakan negara paling banyak menyediakan vaksin COVID-19 di dunia iaitu sebanyak hampir dua bilion dos setakat ini, yang disalurkan kepada lebih 120 negara serta pertubuhan antarabangsa dan majoritinya adalah negara membangun.

Sementara itu, China menyumbang satu pertiga daripada keseluruhan 5.6 bilion dos vaksin yang telah disuntik di negara-negara lain.

Qin menyeru masyarakat antarabangsa terus menggembleng usaha dan tenaga untuk mengharungi detik sukar ini.

"Negara besar harus menggalas tanggungjawab untuk mempercepat pembekalan vaksin kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana, di samping membantu mereka meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin.

"China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa mempergiat kerjasama melawan wabak COVID-19 dan merapatkan jurang imuniti global ke arah membina komuniti kesihatan sesama insan," katanya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn