PBB Luluskan Resolusi Bantuan Kemanusiaan kepada Afghanistan
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam dengan sebuat suara meluluskan resolusi untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan yang ekonominya berada di ambang kehancuran.
Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun menyatakan, China menyokong PBB memainkan peranan penyelarasan yang lebih besar. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa menambah bantuan kepada Afghanistan serta membatalkan sekatan ke atas negara itu.
"Bantuan kemanusiaan tidak patut disediakan dengan sebarang syarat dan dipolitikkan. Krisis ekonomi yang dihadapi Afghanistan lebih kritikal berbanding dengan krisis kemanusiaan. Kelancaran ekonomi menghadapi masalah yang serius di negara ini. Sekatan secara sepihak khususnya aset Afghanistan di sebarang laut yang dibeku menjadi masalah yang semakin mencabar.
"Negara-negara berkenaan tidak patut sambil mengumumkan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan, sambil terus membeku sejumlah besar aset Afghanistan di luar negara," kata Zhang.