Bahasa Melayu

Bantuan Palang Merah China Tiba di Afghanistan

CRI2021-12-22 15:00:39
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Bekalan peralatan perubatan bernilai RMB10 juta (RM6.6 juta) yang disumbangkan China akan diagihkan ke hospital sekitar Kabul serta wilayah lain di Afghanistan.

Menurut Duta China, Wang Yu, bantuan daripada Palang Merah China itu disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan (ARCS) bagi membantu negara itu menambah baik kemudahan perubatan.

“Pembangunan sosioekonomi Afghanistan terjejas teruk akibat perang Amerika Syarikat di negara ini, hingga membawa krisis kemanusiaan yang buruk.

“Afghanistan harus dibenarkan menggunakan asetnya yang dibekukan di luar negara demi kebaikan rakyat sendiri,” katanya pada majlis simbolik penyerahan dan penerimaan bekalan berkenaan di ibu pejabat ARCS di Kabul, pada Selasa.

Jelas Wang, sekatan ke atas Afghanistan juga perlu dibatalkan dan sinergi perlu dibentuk masyarakat antarabangsa untuk membantu pembangunan negara itu.

Pada majlis itu, Presiden ARCS, Maulvi Matiul Haq Khalis yang turut hadir menyifatkan sumbangan China tersebut akan membantu rakyat Afghanistan mencari jalan keluar daripada kesusahan hidup.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn