Bahasa Melayu

António Guterres Suarakan Sokongan kepada Rakyat Lubnan

CRI2021-12-20 15:08:44
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), António Guterres tiba di Beirut petang Sabtu lalu untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Lubnan.

Menteri Luar Lubnan, Abdullah Bu Habib menyambut beliau di lapangan terbang.

Dalam tempoh lawatannya, Guterres akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Lubnan, Michel Aoun, Perdana Menteri, Najib Mikati dan pegawai lain.

Sebelum berlepas ke negara itu, Guterres menyatakan sokongannya kepada rakyat Lubnan melalui rakaman video eksklusif dan menyeru pemimpin politik Lubnan "mengutamakan kepentingan rakyat."

Dalam ucapannya, Guterres menyebut tentang letupan dahsyat yang berlaku di pelabuhan Beirut Lubnan pada 4 Ogos tahun lepas.

Difahamkan, beliau akan mengunjungi tempat kejadian tersebut untuk meletakkan kalungan bunga bagi menyampaikan takziah kepada lebih 200 mangsa.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn