Bahasa Melayu

Seruan Antarabangsa untuk Anti-Rasuah

CRI2021-12-18 13:35:07
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Deklarasi Sharm El Sheikh telah diluluskan dalam mesyuarat negara pemeterai ke-9 Konvensyen Anti-Rasuah PBB semalam. Pihak pemeterai diseru terus meningkatkan kerjasama antarabangsa anti-rasuah, dan memberi perhatian pada risiko rasuah ekoran pembelanjawan kecemasan ekonomi serta sanitasi.

Mesyuarat yang berlangsung selama 5 hari tersebut menyaksikan penglibatan lebih 2 ribu wakil dari 152 buah negara termasuk China secara fizikal atau dalam talian. Pelbagai pihak telah mengadakan perbincangan secara mendalam tentang topik-topik penting termasuk pelaksanaan konvensyen berkenaan, kerjasama antarabangsa anti-rasuah, menuntut pengembalian modal, mencegah rasuah dan bantuan teknikal.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn