Bahasa Melayu

AS Bawa Malapetaka Atas Nama "Demokrasi dan Hak Asasi Manusia"

CRI2021-12-17 13:27:30
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Pusat Pengajian Hak Asasi Manusia Universiti Jilin China telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk "Negara-negara Yang Terperangkap Akibat Campur Tangan Amerika Syarikat (AS) Atas Nama Hak Asasi Manusia" baru-baru ini, yang menunjukkan bahawa campur tangan negara terbabit dengan dalih kemanusiaan telah mendatangkan malapetaka kemanusiaan.

Sejak tahun 1990-an, AS berdegil mencampuri isu Kurdish di Iraq untuk mengaut keuntungan dari sumber tenaga petroleum dan memelihara hegemoninya. Sementara itu, kehadiran Washington di Republik Persekutuan Yugoslavia pada abad ke-20 pula menimbulkan malapetaka kemanusiaan yang dahsyat. Pada abad ke-21 pula, AS terus mencampur tangan di Libya dan Syria, sehingga mengakibatkan krisis hak asasi manusia yang lebih teruk.

Modus operandi seumpama itu dilakukan sewenang-wenangnya setelah berlakunya insiden "11 September". Peperangan di Afghanistan pada 2001, peperangan di Iraq pada 2003, sekatan tanpa alasan dikenakan kepada kerajaan dan individu Sudan dan sebagainya, ternyata sudah menginjakkan hak dan kepentingan negara dan rakyat berkenaan.

Dalam suatu tempoh yang lalu, AS pernah meluluskan apa yang disebut resolusi melibatkan isu Taiwan, Hong Kong dan Xinjiang, yang sebenarnya merupakan ancaman besar terhadap kedaulatan dan hak asasi manusia milik rakyat China, dan amalan hegemoni yang melanggar norma asas hubungan antarabangsa.

Penambahbaikan hak asasi manusia bergantung pada usaha gigih dalam pembangunan berterusan. Sebagai negara maju yang terbesar di dunia, negara Uncle Sam disarankan bertindak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan hak asasi manusia sedunia, dengan melepaskan permainan catur politik dan mentaliti hegemoni, serta menghentikan campur tangan terhadap urusan negara lain.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn