Bahasa Melayu

AS Diseru Batalkan Sekatan terhadap Iran untuk Pulih JCPOA

CRI2021-12-13 13:41:33
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Amerika Syarikat (AS) diseru membatalkan sekatan yang haramnya terhadap Iran sekiranya mahu menghidupkan semula Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) tentang isu nuklear Iran. Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Luar merangkap perunding utama isu nuklear Iran, Ali Bagheri semalam.

Menurut laporan Agensi Berita Islam Iran, Ali Bagheri yang sedang menghadiri rundingan pihak-pihak pemeterai JCPOA di Vienna semalam, berkata kepada media bahawa salah satu tujuan rundingan kali ini adalah untuk menetapkan syarat bagi AS memeterai semula perjanjian itu.

Menurut beliau bahawa pihak-pihak terlibat mempunyai perselisihan dalam dua masalah utama iaitu topik dan lingkungan rundingan. Dalam beberapa hari lalu, perselisihan mengenai lingkungan rundingan sudah dikurangkan yang dianggap sebagai satu kemajuan penting.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn