Bahasa Melayu

Sukan Olimpik Tidak Boleh Dipolitikkan

CRI2021-12-12 15:21:46
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Sidang Kemuncak Olimpik ke-10 mengeluarkan perisytiharan yang membantah pempolitikan Sukan Olimpik atau mana-mana acara sukan lain, sebelum menutup tirainya pada Sabtu.

Perisytiharan yang disiarkan di laman web Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), turut menekankan perlunya mengekalkan prinsip keneutralan politik dalam sukan Olimpik.

Perisytiharan itu menyebut, Beijing sedang membuat persiapan terakhir untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, termasuk penganjuran siri pertandingan ujian, selain menyifatkan temasya itu sebagai pemula era baharu sukan musim sejuk dunia.

Di samping itu, resolusi damai-sentara Olimpik yang digubal bersama China dan IOC telah diluluskan dalam sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), dan mendapat sokongan daripada 173 negara anggota.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn