Bahasa Melayu

Perbincangan Meja Bulat "1+6" Keenam Tumpu Pemulihan Ekonomi Global

CRI2021-12-03 13:51:28
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Perbincangan meja bulat “1+6” keenam akan menfokuskan kepada topik “Galakkan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, inklusif dan mampan: Dari pemulihan ke penstrukturan semula".

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menyertai perbincangan yang akan diadakan menerusi sidang video di Beijing pada 6 Disember tersebut.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sesi taklimat Khamis lalu.

Menurut Wang, perbincangan itu turut diserikan dengan kehadiran Presiden Bank Dunia, David Malpass; Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF), Kristalina Georgieva; Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO), Ngozi Okonjo-Iweala; Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Guy Ryder; Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Mathias Cormann dan Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan,Klaas Knot.

Para peserta dijangka akan bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu yang melibatkan keadaan ekonomi dunia, tadbir urus ekonomi global dan komitmen China untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi dengan mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn