Bahasa Melayu

Shinzo Abe Tidak Berhak Campur Tangan Urusan Taiwan

CRI2021-12-02 14:51:24
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dengan mengetepikan norma asas hubungan antarabangsa dan prinsip empat dokumen politik antara China dan Jepun, mengeluarkan percakapan yang tidak munasabah secara terbuka tentang isu Taiwan, menuding jari dan mempertikaikan urusan dalaman China. China menyatakan rasa ketidakpuasan hati dan meluahkan bantahan keras terhadapnya serta mengemukakan representasi khidmat secara diplomatik.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sesi taklimat Rabu lalu.

Shinzo Abe ketika menyampaikan ucaptama secara maya dalam forum anjuran apa yang disebut “Institut Pengajian Dasar Negara” Taiwan pada Rabu lalu menyifatkan masalah yang dihadapi Taiwan sebagai masalah bagi persekutuan antara Jepun dengan Amerika Syarikat (AS). Beijing khususnya pemimpin China jangan memegang persepsi yang salah.

Wang Wenbin berkata, Taiwan merupakan wilayah suci China dan sama sekali tidak mengizinkan campur tangan luaran. Jepun pernah melakukan penjajahan terhadap Taiwan selama lima dekad dan melakukan banyak jenayah di Taiwan.

“Tiada siapa yang boleh memandang rendah tekad dan keupayaan rakyat China untuk membela kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

“Mereka yang berani memulihkan militerisme dan mencabar garis bawah rakyat China nescaya akan menelan kegagalan dan diberikan balas dendam," katanya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn