Bahasa Melayu

Tiga Maut, Lapan Cedera Dalam Insiden Tembakan AS

CRI2021-12-01 14:36:46
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

TIga terbunuh dan lapan cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah berhampiran bandar Detroit, negeri Michigan, Amerika Syarikat(AS) pada Isnin lalu.

Pihak polis dilaporkan menerima panggilan tentang kejadian tembakan yang berlaku di Sekolah Menengah Tinggi Oxford pada pukul 12.55 pagi. Anggota polis dikerahkan ke sekolah tersebut dan menahan seorang pelajar yang berumur 15 tahun di tempat kejadian.

Suspek remaja lelaki yang membawa sepucuk pistol tidak melawan ketika ditahan polis.

Kejadian itu mengakibatkan seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dan dua pelajar perempuan yang masing-masing berumur 14 dan 17 tahun terbunuh.

Pada hari yang sama, kumpulan penyokong kawalan senjata AS, Everytown for Gun Safety menyifatkan kejadian itu kes tembakan sekolah paling serius di negara itu sejak tahun 2021.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn