Dua Penumbang Singapura ke Australia Disah Positif Varian Omicron
Dua orang penumbang yang menggunakan penerbangan dari Singapura ke Australia pada Ahad telah disahkan dijangkiti varian virus Omicron, menurut laporan Channel News Asia.
Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan New South Wales Australia pada Isnin pula, kedua-dua penumpang itu tiba di Sydney dari selatan Afrika (transit di Singapura) dengan penerbangan Singapore Airlines SQ211. Mereka disahkan positif virus Omicron dalam pemeriksaan asid nukleik (NAT).
Kedua-dua orang itu kini diasingkan di penginapan kesihatan khas dan semua orang dalam penerbangan itu dianggap kontak rapat dan akan mengasingkan diri selama 14 hari.