Bahasa Melayu

Iran Gesa AS Batalkan Sekatan

CRI2021-11-30 13:52:59
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Rundingan pusingan baharu mengenai pemulihan perjanjian nuklear Iran dirasmikan di Vienna pada Isnin. Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian menyatakan bahawa sekiranya pihak-pihak yang terlibat menunjukkan aspirasi politik yang pragmatik, perjanjian itu berkemungkinan dapat tercapai.

"Dalam rundingan pusingan baharu , apa yang dapat dipastikan adalah Iran tidak akan menerima sebarang tuntutan di luar perjanjian nuklear, dan juga tidak akan menyertai sebarang rundingan di luar perjanjian tersebut." katanya.

Menurut artikel Abdollahian yang disiarkan menerusi laman sesawang ION.IR Iran semalam, beliau menyatakan bahawa Iran mengambil sikap yang serius dan ikhlas mengenai rundingan pusingan baharu ini. Beliau turut menyifatkan pembatalan sekatan terhadap negaranya sebagai hasil yang pragmatik.

"Rundingan sebanyak enam pusingan lalu mengalami kegagalan akibat tuntutan yang keterlaluan dan pendirian yang tidak realistik oleh Amerika Syarikat. Kini, rundingan pusingan baharu telah bermula dengan tujuan memulihkan kuasa negara Iran dan membatalkan semua sekatan yang dikenakan ke atas Iran," katanya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn