Bahasa Melayu

China Sumbang 500,000 Dos Vaksin kepada Syria

CRI2021-11-15 14:20:30
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Bekalan sejumlah 500,000 dos vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China selamat tiba di Syria pada Ahad.

Menteri Kesihatan Syria, Hassan Muhammad Al-Ghabash dan Duta Besar China, Feng Biao bersama-sama menghadiri majlis penyerahan bekalan vaksin itu.

Hassan menyifatkan bantuan vaksin tersebut memperlihatkan keeratan persahabatan antara rakyat dan kerajaan kedua-dua negara, dan juga menyaksikan pembangunan hubungan dua hala yang semakin kukuh.

Sementara itu, Feng Biao menyatakan China akan terus membantu Syria memerangi pandemik COVID-19.

Sejak wabak COVID-19 membadai, kerajaan China kerap kali menyalurkan bekalan vaksin dan alat perubatan kepada Syria.

Selain itu, pakar China juga berkongsi pengalaman mengenai diagnosis dan rawatan COVID-19 dengan pakar Syria menerusi telesidang.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn