Bahasa Melayu

Teknologi AI, 5G China Tampil di GITEX 2021

CRI2021-10-21 12:10:38
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Hasil inovasi terkini China membabitkan teknologi kecerdasan buatan (AI), 5G, robot dan data besar mencuri perhatian ramai dalam Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) 2021 yang membuka tirainya di Dubai pada Ahad.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pengaplikasian teknologi 5G bukan sahaja menjana perkembangan pesat jualan melalui penstriman langsung di Asia Barat, tetapi juga menawarkan penyelesaian transformasi digital untuk industri penting tempatan termasuk minyak dan gas serta pelabuhan.

"Tahun ini, kami membawa penyelesaian terkini berhubung teknologi awan, 5G, AI dan tenaga digital untuk dipertontonkan kepada pelanggan dari seluruh dunia.

"Ia diyakini akan membantu negara-negara berkenaan merealisasikan transformasi digital," kata wakil sebuah syarikat pempamer dari China, Liu Jiawei.

Dijadual berlangsung selama lima hari, GITEX 2021 menarik penyertaan 3,000 perusahaan dari lebih 60 buah negara.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn