Bahasa Melayu

Obor Olimpik Musim Sejuk Beijing Dinyalakan

cri2021-10-19 11:36:17
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Upacara penyalaan obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berlangsung di tapak kuno Olympia di Peloponissos, Greece pada Isnin.

Pelakon Greece, Xanthi Georgiou yang membawa watak paderi wanita tertinggi menyalakan api dengan cahaya matahari menerusi cermin cekung di depan tapak Kuil Heraion yang bersejarah lebih 2,000 tahun.

Upacara itu diserikan dengan kehadiran Presiden Greece, Katerina Sakellaropoulou, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Yu Zaiqing.

Api Olimpik tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada hari ini untuk diterbangkan ke China.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn