Bahasa Melayu

Ekspo 2020 Dubai: Pavilion China Terima 100,000 Pengunjung

CRI2021-10-18 14:59:27
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Pavilion China antara yang terbesar di Ekspo 2020 Dubai, merekodkan kehadiran pengunjung seramai 100,000 orang dalam tempoh 20 hari sejak dirasmikan.

Pada Ahad, seorang pelancong dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama rakannya menjadi pengunjung ke-100,000 sekali gus menyaksikan jumlah pengunjung pavilion China mendominasi seperenam daripada keseluruhan pengunjung ekspo berkenaan.

Difahamkan, setakat ini pavilion China yang menyajikan pelbagai teknologi canggih seperti panduan simulasi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) telah menerima kunjungan delegasi dari 30 negara termasuk UAE, Austria dan Rusia.

Berbanding unsur-unsur berteknologi, Timbalan Presiden Zimbabwe, Constantino Chiwenga dilihat lebih tertarik dengan paparan kebudayaan China di pavilion tersebut.

"Pameran berkenaan menonjolkan budaya dan unsur simbolik China yang dapat mencerminkan pembangunan China pada zaman moden," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Biro Pameran Antarabangsa (BIE), Dimitri S. Kerkentzes turut mengiktiraf nilai yang ditampilkan pavilion China dan yakin bahawa ia mampu menarik kedatangan ramai pelawat.

"Pavilion China bukan sahaja menggambarkan pemahaman negara itu terhadap perpaduan dan kerjasama, malah turut memaparkan konsep nilai dunia berteraskan kerjasama," jelasnya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn