Peringati Ulang Tahun Ke-50 Keanggotaan Republik Rakyat China dalam PBB
Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna semalam mengadakan Forum Donau yang bertemakan "berganding baharu dan mencapai cita-cita masing-masing" untuk memperingati ulang tahun ke-50 keanggotaan Republik Rakyat China dalam PBB.
Duta Besar China ke PBB di Vienna, Wang Qun berkata, pada 50 tahun yang lalu, China sebagai satu negara gergasi memikul tanggungjawab yang setimbal, mengamalkan multilateralisme yang benar, menunaikan kewajipan antarabangsa, menyokong usaha PBB dalam memelihara kedamaian dan menggalakkan pembangunan bersama. China bukan sahaja melaksanakan kewajipan dengan melunaskan semua bayaran yuran tepat pada waktunya dan tanpa sebarang prasyarat, tetapi juga menubuhkan dan memanfaatkan Tabung Kedamaian dan Pembangunan China-PBB, Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan, dan Tabung Kerjasama Selatan-Selatan China mengenai Perubahan Iklim, untuk membantu negara membangun meningkatkan penglibatan dalam misi pasukan pengaman, mengurangkan kemiskinan dan menangani perubahan iklim.
Tempoh 50 tahun lepas juga menyaksikan China beransur-ansur meningkatkan tahap keterbukaan dan memacu pembangunan yang menyasarkan pertembungan dengan dunia. Selain berfokus kepada pembangunan sendiri, China juga giat melibatkan diri dalam globalisasi ekonomi dan tadbir urus ekonomi global, dan sudi berkongsi dividen pembangunan dengan pelbagai pihak.
Para hadirian menilai tinggi usaha China dalam mewujudkan pembangunan dengan cepat dan sihat, sambil memainkan peranan yang setimbal dengan satu negara gergasi pada separuh abad lalu, dan menanti-nantikan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang diperincikan.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pejabat Vienna PBB, Ghada Waly, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Rafael Mariano Grossi serta duta besar, perwakilan dari kalangan akademik dan media dari Singapura, Rusia, Pakistan, Algeria dan Afrika Selatan.