Bahasa Melayu

Taliban, AS Berunding di Doha

CRI2021-10-10 16:27:47
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Delegasi Taliban Afghanistan dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan di Doha, ibu negara Qatar pada Sabtu.

Ini merupakan pertemuan bersemuka pertama kedua-dua pihak selepas AS mengundurkan tenteranya dari Afghanistan.

Difahamkan, situasi kemanusiaan di Afghanistan menjadi fokus perbincangan.

Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi yang mengetuai delegasi Taliban menyatakan rundingan kali ini bertujuan memperoleh bantuan kemanusiaan, selain menuntut AS terus mematuhi perjanjian damai yang ditandatangani pada Februari tahun lalu serta membatalkan sekatan terhadap aset bank pusat Afghanistan di institusi kewangan AS.

Menurutnya, AS akan membekalkan vaksin COVID-19 kepada Afghanistan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn