Bahasa Melayu

WHO Lancar Strategi Vaksinasi COVID-19 Global

CRI2021-10-08 14:08:03
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan pelancaran strategi vaksinasi COVID-19 global, menyasar 40 peratus populasi di seluruh dunia menerima suntikan menjelang hujung tahun ini dan 70 peratus pada pertengahan tahun depan.

Dalam majlis pelancaran di Geneva pada Khamis, beliau berkata setakat ini, lebih 6.4 bilion dos vaksin COVID-19 telah disuntik di seluruh dunia dan hampir satu pertiga populasi lengkap dua dos.

Beliau bagaimanapun mengakui wujudnya ketidakadilan yang serius dalam akses vaksin COVID-19.

"Demi mencapai matlamat yang digariskan dalam strategi tersebut, sekurang-kurangnya 11 bilion dos vaksin diperlukan dan ia satu soal mengenai pengagihan, bukannya pembekalan," katanya.

Sebelum ini, WHO pernah menetapkan matlamat vaksinasi COVID-19 iaitu memberi suntikan kepada 10 peratus penduduk menjelang penghujung September tahun ini.

Namun, masih terdapat 56 negara dan wilayah gagal mencapai matlamat tersebut, kebanyakannya terletak di Afrika dan Asia Barat.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn