Bahasa Melayu

Pameran Bertemakan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Tampil di Paris

CRI2021-10-07 13:59:38
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Bertemakan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, ruang pameran China berjaya mencuri perhatian para peserta Pameran Pelancongan Antarabangsa Paris ke-42 yang membuka tirainya pada Selasa.

Difahamkan, ruang pameran China pada acara yang dijadual berlangsung selama empat hari di Paris Expo Porte de Versailles ditempatkan di ruang Asia-Pasifik dengan reka bentuk gaya keterbukaan dan perlindungan ekologi.

Menurut pejabat pelancongan China di Paris, China mahu mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing serta perkembangan terbaharu kebudayaan dan pelancongan China kepada ahli profesional pelancongan Perancis dan penduduk tempatan.

Ia termasuk menerusi aktiviti seperti promosi program pelancongan secara hibrid, komunikasi melalui plaform media baharu, penghayatan VR dan pameran makanan tradisional Cina.

Selain itu, ruang pameran China turut mengaplikasi platform penstriman dengan mengundang penggiat industri pelancongan Perancis sebagai tetamu untuk berkongsi pengalamannya ketika melancong ke China.

Turut diadakan juga adalah sesi soal jawab untuk mengetengahkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, program pelancongan di sekitar Beijing dan produk terbaharu pelancongan lain di China.

Untuk rekod, pameran pelancongan berjaya menarik penyertaan jabatan pelancongan lebih 200 negara dan kawasan serta lebih 1,700 syarikat pelancongan, dengan jumlah penggiat industri pelancongan sekitar 34 ribu orang.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn