AS Digesa Henti Bersikap Angkuh dan Prasangka
Jawatankuasa ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-76 meneruskan sesi debat pada 4 Oktober. Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun telah menyangkal keras dakwaan Amerika Syarikat (AS) yang memfitnah China dalam isu melibatkan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet. Beliau menekankan bahawa China menentang tegas negara yang sengaja mencetuskan konfrontasi melalui platform PBB, dan mencampur tangan urusan dalaman China dengan menggunakan isu hak asasi manusia. Beliau menasihati AS agar pihaknya berhenti mengambil sikap angkuh dan prasangka dan jangan berkali-kali melakukan kesalahan.
Zhang menyatakan bahawa apa yang disebut “genosid” di Xinjiang merupakan dusta yang direka-reka kerajaan AS penggal lalu. Dakwaan AS berkenaan sama sekali tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata, dan tujuannya adalah untuk mengekang pembangunan China.
Dalam sesi debat tersebut, perwakilan dari beberapa negara termasuk Eritrea, Guyana, Côte d'Ivoire, Uruguay, Namibia, Zimbabwe dan Laos menyampaikan ucapan untuk menyokong pendirian China, menentang cubaan yang mempolitikkan isu hak asasi manusia, menentang amalan dwistandard dan menentang cubaan yang mencetuskan konfrontasi politik. Mereka menyeru pelbagai pihak mematuhi Piagam PBB, mengekalkan amalan multilateralisme dan koordisasi, serta mendorong dan menjamin hak asasi manusia melalui dialog dan kerjasama konstruktif.