Kempen Lindungi Panda di Ekspo Dubai 2020
Balai China yang bertempat di Ekspo Dunia 2020 Dubai melancarkan pameran bertemakan Perlindungan Panda China pada Khamis.
Di tapak seluas 400 meter persegi tersebut, pameran itu memperkenalkan tentang perlindungan ekologi China menerusi latihan liar dan pembebasan panda serta pencapaian pengajian sains dan kerjasama antarabangsa.
Dalam pameran kali ini, pengalaman interaktif realiti maya (VR) diketengahkan sebagai inovasi yang menyaksikan peserta boleh menyentuh panda selain memberi makan dan mengelap mulut haiwan tersebut setelah memakai kaca mata VR.
Dimaklumkan, aktiviti seperti "2020 ekor panda bawaan udara" dan "flash mob panda" juga akan diadakan di Dubai, selain siaran langsung setiap bulan dengan kandungannya melibatkan enam bidang, termasuk kunjungan pada bayi panda, panda yang lanjut usia serta panda yang pulang dari luar negara.
Pameran itu dianjurkan bersama oleh Bahagian Perlindungan Haiwan Liar Jabatan Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Kebangsaan serta Pusat Pemeliharaan dan Pengajian Panda China.