Bahasa Melayu

Letupan di Kabul, Banyak Maut Akibat Tembakan AS

CRI2021-08-30 13:31:36
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Dua letupan berlaku di sekitar Lapangan Terbang Kabul, Afghanistan pada malam 26 Ogos, mengakibatkan ratusan orang terbunuh atau cedera.

Selepas kejadian itu berlaku, pelapor biro Kumpulan Media China(CMG) di Kabul telah berkejar ke hospital untuk membuat liputan.

Beberapa mangsa cedera memberitahu bahawa tenterta Amerika Syarikat (AS) menembak ke arah rakyat jelata selepas letupan berlaku, mengakibatkan kematian dan kecederaan lebih teruk.

Selain itu, menurut mangsa cedera yang menjalani rawatan di hospital, tentera AS telah menutup jalan-jalan di sekitar lapangan terbang yang menyebabkan banyak mangsa cedera meninggal dunia kerana tidak dapat menerima rawatan segera.

Menurut seorang rakyat Afghansitan, "saya tidak cedera dalam letupan itu, tetapi tentera AS menembak ke arah kami, dan saya tercedera pada tangan dan beberapa bahagian lain. Apa yang berlaku kemudian, saya tak ingat.

"Bilangan kematian dan kecederaan dalam letupan tidak banyak. Tetapi tentera AS melepaskan tembakan dan menggunakan gas pemedih mata, ini mengakibatkan ramai orang cedera malah mati." kata mangsa cedera itu.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn