Uzbekistan Lulus Pendaftaran Vaksin COVID-19 China Keluaran Tempatan
Perdana Menteri Uzbekistan Abdulla Aripov menandatangani dekri baru-baru ini untuk meluluskan pendaftaran vaksin COVID-19 China yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal tempatan.
Pada bulan Disember tahun lalu, Institut Mikrobiologi, Akademi Sains China dan syarikat China, Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical bersama-sama menjalankan ujian klinikal vaksin protein rekombinan fasa ketiga di Uzbekistan. Pada awal bulan Mac lalu, Uzbekistan meluluskan pendaftaran dan memberi permit penggunaan kecemasan kepada vaksin jenis tersebut. Pada awal bulan Ogos lalu pula, pihak China dan Makmal Jurabek Uzbekistan telah mencapai konsensus untuk bersama-sama mengeluarkan vaksin jenis ini di Uzbekistan.