Uniknya Kedai Buku Pulau Tropika
Di Haikou, provinsi Hainan, terdapat sebuah kedai buku unik yang dihiasi dengan elemen-elemen pulau tropika.
Selain menempatkan pelbagai pilihan buku untuk pelanggan, kedai itu juga berfungsi sebagai lokasi lawatan sambil belajar, ruang permainan ibu bapa bersama anak, dewan pameran produk budaya kreatif, lokasi penganjuran aktiviti pertukaran seni dan sebagainya.
Dengan menyambung pangkalan data pelbagai jenis buku, ia menyediakan sejumlah besar produk bacaan digital bagi memenuhi keperluan para pembaca.