Bawa Sinaran Kesenian kepada Kelompok Anak Pekerja Migran
Setelah tamat pengajian di satu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang kesenian pada tahun 2016, Zhou Yan menubuhkan Pusat Pertukaran Kesenian dan Kebudayaan Dayuanshe di kampung halaman suaminya, iaitu kampung Dayuan pekan Shuishi di provinsi Hunan, dengan tujuannya membawa sinaran kesenian kepada kelompok anak pekerja migran di kampung itu yang dilihat patut dijadikan sebahagian dalam pendidikan kesenian di desa.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Dayuanshe sebagai satu badan penganjur kursus kesenian telah mendapat perhatian yang semakin banyak dari masyarakat.
Terdapat juga sukarelawan dari sejumlah IPT yang mendatangi Pusat itu pada setiap cuti musim sejuk dan panas untuk menyediakan kursus tarian, nyanyian dan sastera kepada kelompok anak kampung.