Memacu Agropelancongan yang Bertunjangkan Perkebunan di Nantong
Sekelompok pekebun mula memetik buah ara di kampung Kaisha bandar Nantong di provinsi Jiangsu sejak beberapa waktu lepas.
Penstrukturan semula pertanian telah dipergiatkan di kampung Kaisha dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perkebunan yang bercirikan tempatan yang mengutamakan tanaman labu, mulberi, dan buah ara, beserta perkembangan agropelancongan yang semakin maju dilaporkan kondusif bagi membantu meningkatkan kecekapan pertanian dan pendapatan petani.