Bahasa Melayu

Landskap Perindustrian Baharu Terbentuk di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Daxing

CRI2024-10-22 13:24:38
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Zon Ekonomi Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di bandar Beijing bukan sahaja boleh memanfaatkan dasar keutamaan provinsi Hebei yang berjiran dengan Beijing, tetapi juga terlibat dalam penguatkuasaan dasar keutamaan yang berkait dengan zon ekonomi lapangan terbang, zon perdagangan bebas perintis dan zon bebas tarif komprehensif.

Setakat hujung tahun 2023, terdapat 9,932 perusahaan yang terdaftar yang bertapak di zon tersebut melibatkan 152 projek perindustrian utama, dengan lebih 30 daripadanya merupakan yang sudah siap dibina dan berada dalam operasi.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pembinaan Zon Ekonomi Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing semakin dipergiatkan di empat komponennya yang terkait dengan perkhidmatan bebas tarif komprehensif, dan enam taman perindustrian yang meliputi Taman Ibu Pejabat Penerbangan Antarabangsa, Taman Bunga Mawar 56 Darjah, Taman Perindustrian Peralatan Perubatan Antarabangsa, dan Taman Biofarmaseutikal Antarabangsa.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn