Kaunti Jiaxiang, Lubuk ‘Produk Sarung Tangan’ di China
Pelbagai syarikat sarung tangan ski kelihatan sibuk dalam mempercepat pengeluaran mengikut surat tempahan yang diterima di kaunti Jiaxiang provinsi Shandong yang digelar sebagai “lubuk produk sarung tangan China” baru-baru ini.
Terdapat lebih 300 buah syarikat di kaunti tersebut yang menumpukan kepada pengeluaran sarung tangan untuk kegunaan acara sukan terutamanya ski. Eksport produknya yang menduduki lebih 70% keseluruhan China, dilaporkan sudah menjangkau ke lebih 60 buah negara dan kawasan.