Bahasa Melayu

Destinasi Pelancongan di Lanzhou Dibuka Semula

CRI2021-12-07 09:59:17
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Seiring dengan usaha membendung penularan pandemik COVID-19 mula membuahkan hasil, semakin banyak industri di bandar Lanzhou, provinsi Gansu kembali beroperasi.

40 destinasi pelancongan di bandar itu telah dibuka semula secara beransur-ansur untuk kunjungan awam baru-baru ini, setelah tertutup seketika akibat penularan pandemik.

Jabatan Budaya dan Pelancongan bandar itu menuntut pelbagai destinasi pelancongan mengambil pelbagai tindakan termasuk menjalankan penyahjangkitan ke atas semua fasiliti, menyediakan latihan kepada semua pekerja dalam bidang pencegahan dan kawalan wabak, mengehadkan jumlah kemasukan pelancong selain membeli tiket dengan mewajibkan penggunkan nama sebenar pengunjung bagi menjamin persekitaran pelancongan yang selamat, teratur dan harmoni.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn