Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Eropah Diharap Perluas Konsensus dan Kolaborasi

2021-07-08 09:32:01 CRI

China dan Eropah diharap memperluas persepakatan dan kolaborasi bagi memainkan peranan penting dalam menangani cabaran global.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam sidang kemuncak bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Angela Merkel yang berlangsung secara maya pada Isnin.

Beliau turut menyarankan kedua-dua pihak memperdalam rasa saling mengenali dan memahami, mempertingkat kerjasama saling untung, mempertahankan multilateralisme sebenar, di samping membentuk hubungan yang stabil dan seimbang antara kuasa besar.

Emmanuel Macron berkata, Perancis komited terus memperkasakan kerjasama dengan China, menyokong usaha memuktamadkan perjanjian pelaburan China-Kesatuan Eropah (EU), sambil merancakkan interaksi sosiobudaya.

Selain itu, Perancis juga mengalu-alukan syarikat China melabur di negara itu.

Angela Merkel pula menekankan betapa pentingnya bagi pemimpin ketiga-tiga negara mengekalkan interaksi.

Beliau juga menyatakan kesediaan pihaknya untuk mempertingkat penyelarasan dan kerjasama dengan China dalam mendorong pengeluaran dan pengagihan vaksin secara adil, serta memulihkan pertukaran lawatan dan aktiviti perdagangan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin