Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Olimpik Beijing 2022: IBC Diserah kepada OBS

2021-07-08 09:32:00 CRI

Projek Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang merupakan sebahagian daripada Pusat Media Utama (MMC) bagi temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 secara rasminya diserahkan kepada Syarikat Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS) oleh Jawatankuasa Penganjurnya pada Ahad.

Penyerahan tersebut sekali gus menandakan pencapaian kemajuan signifikan dalam penyediaan perkhidmatan penyiaran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.

Difahamkan, IBC akan berfungsi sebagai ibu pejabat OBS dan penyiar berkepentingan sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang akan dihadiri ribuan penyiar dari seluruh dunia untuk menyaksi, merakam dan menyiar sorotan dan saat bersejarah temasya tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Operasi Medianya, Xu Jicheng menjangkakan sekitar 15 ribu wartawan dan 12 ribu kakitangan penyiaran akan menghadiri temasya itu, sementara penonton TV pula dijangka melebihi empat bilion.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif OBS, Yiannis Exarchos pula menzahirkan pujiannya terhadap projek tersebut.

Sambil menyifatkan kualiti dan reka bentuk Pusat Persidangan Negara sebagai sangat bagus, beliau turut berkata bahawa penyempurnaan projek itu menandakan permulaan operasi OBS di Beijing.

Meskipun ia merupakan projek terakhir yang dilaksanakan dan berskala paling besar di kawasan pertandingan Beijing, Pusat Persidangan Negara China fasa kedua berjaya diselesaikan mengikut jadual walaupun menghadapi cabaran susulan wabak COVID-19.

Terletak di bahagian selatan Pusat Persidangan Negara China fasa kedua, Pusat Media Utama (MMC) menempatkan Pusat Akhbar Utama tradisional dan Pusat Penyiaran Antarabangsa.

Timbalan Setiausaha jawatankuasa penganjur, Xu Zhijun memaklumkan bahawa penggabungan fungsi kedua-dua pusat tersebut akan membantu dalam mengurangkan kos, menjimatkan ruang dan meningkatkan kecekapan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin