Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Lagi 45 Projek Akan Dipertimbang Untuk Disenarai Warisan Dunia UNESCO

2021-07-08 09:32:00 CRI

Sesi ke-44 Jawatankuasa Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan diadakan pada 16 hingga 31 Julai di Fuzhou, ibu kota provinsi Fujian China.

Naib Menteri Pendidikan China, Tian Xuejun dalam satu sidang mediapada Isninmenyatakan, senarai Warisan Dunia UNESCO tahun 2020 dan 2021 yang melibatkan 45 projek akan dipertimbangkan untuk disenaraikan sebagai warisan dunia, manakala sejumlah 258 laporan mengenai keadaan perlindungan warisan dunia turut dijadual untuk disemak pada sesi itu.

Tian yang juga pengarah Suruhanjaya Kebangsaan China untuk UNESCO menambah, sesi itu akan berlangsung secara maya selepas majlis perasmian dan turut menjadi sesi pertama untuk membahaskan topik warisan dunia secara dalam talian sepanjang pertubuhan itu ditubuhkan.

Sementara itu, projek mengenai Quanzhou, sebuah bandar pesisir Fujian yang digelar sebagai pusat perdagangan laut dunia pada zaman purba di China juga akan disemak pada sesi itu.

Untuk rekod, sejak menganggotai UNESCO pada tahun 1985, 55 tempat di China telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, sekali gus menjadikan China antara negara yang mempunyai warisan dunia dalam kategori paling lengkap di dunia.

Menurut Tian lagi, China yang sudah sekian lama melindungi khazanah manunia tersebut bersedia meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk melindungi warisan dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin