Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Halang Ketibaan Vaksin, Cemari Semangat Kemanusiaan

2021-07-08 09:32:00 CRI

Beijing menentang sekerasnya perbuatan Canberra menghalang Papua New Guinea menerima ketibaan vaksin COVID-19 yang dikendalikan China.

Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin dalam taklimat harian pada Selasa mencela tindakan agresif Australia itu membelakangi semangat kemanusiaan.

Wang berkata, segelintir individu dari negara itu melakukan manipulasi politik dan bertindak secara membuli atas alasan isu vaksin.

Perbuatan itu sengaja tidak mengendahkan keselamatan nyawa rakyat Papua New Guinea, malah mencemari usaha sama memerangi pandemik COVID-19 di peringkat dunia.

Beliau turut menggesa negara Down Under itu segera menghentikan tindakan menjejaskan kolaborasi vaksin antara China dan negara kepulauan di Lautan Pasifik, sebaliknya bertindak secara pragmatik dalam memastikan usaha sama global berkenaan berjalan lancar.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin