Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

PKC Sedia Ganding Bahu dengan Parti Politik Dunia

2021-07-08 09:32:00 CRI

Parti Komunis China (PKC)bersedia berusaha bersama parti politik pelbagai negara untuk menjadi pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan global dan pemelihara orde antarabangsa.

Komitmen itu dizahirkan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping semasa menyampaikan ucaptama dalam Sidang Kemuncak PKC dan Parti Politik Dunia yang berlangsung secara maya semalam.

Xi yang juga Presiden China dalam ucaptamanya menyarankan parti-parti politik memegang hala tuju yang betul, di samping menggalas tanggungjawab sejarah untuk memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan manusia.

Menurut beliau, parti politik perlu memikul tanggungjawab membimbing hala tuju masa depan manusia,membina konsensus dalam menjunjung nilai insani, mendorong pembangunan, memperkasa kolaborasi danmenambah baiktadbir urus.

Beliau turut menyatakan iltizam PKC untuk membimbang rakyat dalam usaha memperdalam pembaharuan dan memperluas keterbukaan, sekali gus memberi sumbangan baharu kepada pembangunan dan kemakmuran bersamadunia.

Sidang kemuncak itu dihadiri lebih 10,000 wakil parti termasuk lebih 500 pemimpin parti dan pertubuhan politik dari 160 negara, dengan menyediakan hampir 200 lokasi mesyuarat untuk para hadirin.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin