Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Permintaan China terhadap Buah Tropika dari Asia Tenggara Meningkat

2021-07-08 09:32:00 CRI

Seiring dengan kegemaran rakyat China terhadap buah-buahan yang diimport makin bertambah, permintaan negara China untuk mengimport buah-buahan tropika dari Asia Tenggara turut sama meningkat.

Menurut seorang peniaga buah di Beijing, penjualan buah-buahan yang diimport pada masa ini menempati 35% hingga 40% daripada keseluruhan jumlah jualan dengan harganya turut sedikit menaik pada tahun ini.

Zhang Can, peniaga buah tempatan berkata, berbanding tahun lalu, harga buah-buahan tersebut telah meningkat sekitar 10%.

Sebagai contoh, harga minimum bagi buah manggis dicatatkan kira-kira RMB20 (sekitar USD3.1) sekilogram pada tahun lalu.

Namun, kini kata Zhang, harganya meningkat sehingga sekitar RMB24 hingga RMB26 (kira-kira RM15.4hingga RM16.7) sekilogram.

Sementara itu, pemerhati industri tersebut pula berpendapat bahawa kini terdapat banyak syarikat buah yang membina kilang pengeluaran di luar negara.

Ia difahamkan susulan perkembangan pesat perniagaan buah rentas sempadan antara China dengan Asia Tenggara.

Untuk rekod, antara buah berkualiti tinggi yang mendapat permintaan untuk diimport China adalah termasuk buah durian, naga dan manggis.

Menurut satu data yang dikeluarkan, bagi tahun 2020, China telah mengimport sejumlah 1.65 juta tan buah dari Thailand dan 1.29 juta tan dari Vietnam.

Penganalisis berpendapat bahawa pengimportan buah bagi China dijangka akan meningkat kira-kira 10% pada tahun ini.

Lu Fangxiao, presiden Persatuan Pengedaran Buah China berkata, kerjasama perniagaan buah antara China dan negara-negara Asia Tenggara bukan hanya melibatkan import atau eksport buah-buahan sahaja.

Malah katanya, ia juga memperlihatkan integrasi pelbagai peringkat secara mendalam bagi seluruh industri buah dan rantaian industri.

Jelas Lu, banyak perusahaan buah terkemuka China telah membina pangkalan pengeluaran buah yang distandardkan di negara Asia Tenggara, untuk mengembangkan produk jenis baharu dan meningkatkan kualiti buah secara bersama.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin