Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Ningbo, Geely Jalin Perkongsian Strategik

2021-07-08 09:32:00 CRI

Hubungan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dan kerajaan bandar Ningbo, provinsi Zhejiang China mencapai satu tahap baharu selepas kedua-duanya bersetuju untuk menandatangani perjanjian kerjasama strategik.

Difahamkan bahawa kerjasama itu akan menetapkan penanda aras dalam industri kereta domestik, menggalakkan penggunaan teknologi inovatif, menyempurnakan perkhidmatan rantaian perkilangan, di samping mendorong perkembangan perkhidmatan mobiliti hijau.

Menurut perjanjian yang dimeterai ibu pejabat ZEEKR, Geely akan mewujudkan sebuah jenama premium elektrik tulen baharu di Ningbo.

Memfokuskan kepada pembangunan kenderaan pintar dan tenaga baharu, serta alat ganti utama kenderaan, kedua-dua pihak juga akan membangunkan kenderaan elektrik (EV) premium dan taman industri alat ganti kenderaan pintar.

Selain itu, Geely turut mengumumkan sokongannya kepada kerajaan Ningbo dalam usaha membangunkan Zon Demonstrasi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-CEEC serta Zon Perdagangan Bebas Zhejiang.

Dalam perkembangan lain, ZEEKR turut menubuhkan kilang pengeluar EV tulen di Ningbo.

Model pertamanya iaitu ZEEKR 001 yang dilancarkan dan dibuka untuk tempahan pada 15 April lalu dijadualkan untuk diserahkan kepada pelanggan pada Oktober nanti.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin